Sunday, July 1, 2012

Rumah Kita ~ Sanggar Singgah

Akhirnya setelah sekian lama bersusah payah (?), berjaya juga kami miliki sebuah rumah. Rumahnya kecil sahaja. Tiada laman yang luas. Tiada tempat parkir berturap batu susun. Tiada gazebo. Tiada pergola. Tiada kolam ikan koi. Tiada air pancut malah tiada sepohon pokok bunga pun. Namun di dalamnya kami bahagia :-)

Rumah kami cumalah sebuah rumah teres kecil, yang jika hendak masuk seseorang perlulah masuk melalui pintu selungsur kaca sebab pintu kayu pun tiada! Rumah kami cuma ada laman kecil yang hanya muat dua buah kereta kecil dan sebuah ampaian kain. Rumah kami cuma ada sebuah ruang tamu serba sederhana tempat kami beristirehat selepas pulang kerja.

Alhamdulillah. Syukur kami kepadaMu ya Allah. Semoga rumah kecil ini menjadi tempat berteduh yang penuh rahmah  bagi kami sekeluarga. Semoga kami dapat sentiasa saling berkasih sayang di dalam rumah kecil ini. Semoga rumah yang tidak seberapanya ini sentiasa meriah dengan gelak tawa anak-anak dan semoga sentiasa menjadi tempat yang dirindui oleh kami sekeluarga untuk kembali. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di bawah payungan rumah kecil kami! Amin...

Sedikit foto saya dan keluarga yang diambil di Sanggar Singgah :-)

Saya dan anak-anak (di atas : foto perkahwinan ;p )

Di ruang makan

Encik Suami dengan koleksi buku kesayangan saya

Di ruang tamu