Tuesday, February 2, 2021

Muhtesem Yuzyil @ Magnificient Century @ Mere Sultan

 Assalamualaikum.

Semenjak terjebak dengan gigih dalam bidang pendramaan Turki ni hati saya meronta-ronta nak ke Istanbul. Constantinople, pusat pentadbiran Empayar Turki Uthmaniyyah - Ottoman Empire. Rasa nak melawat Topkapi, Hagia Sophia, Selat Bophorus, Cappodacia, Manisa, rasa nak makan Turkish Delights, baklava, rasa nak merasai sendiri pengalaman di hamam -rumah mandi Turki yang terkenal tu. Isk, kuat betul pengaruh media ni. Patutlah bagi bangsa yang tahu, mereka eksploitasi industri perfileman untuk pasarkan budaya dan ideologi bangsa mereka. Memang filem tidak syak lagi adalah wadah propaganda dan pemasakan ideologi yang ampuh. Semasa saya jalan-jalan di alam maya, saya terjumpa promo filem Melayu genre 'period'. Tajuknya Tuan Petri Saadong. Nampak promo dan teaser nya macam menarik. Saya harap cerita ini tidak menghampakan. Semoga ceritera bangsa Melayu dapat ditegakkan pada maqam yang sepatutnya suatu hari nanti. Saya bukan apa, saya cuma mahu menumpang bangga.


Tuesday, October 6, 2020

Salam Rindu Wahai Si Lembaran Hati

 

Ya, saya mungkir janji. Saya janji dengan diri saya yang saya nak menulis semula tetapi saya mungkir. Entah kesibukan apalah yang merasuk diri sampai saya tiada masa nak menggapai waktu yang begitu cepat berlari. Saya sesungguhnya rindu untuk menulis. Dan blog adalah penyelesaiannya kerana di sini saya boleh bebas. Saya tiada rasa resah diintip oleh sesiapa dan saya bebas mencurahkan isi hati. Harap-harap suatu waktu nanti akan ada anak-anak saya yang 'menebas' semak-samun internet dan menjumpai 'altar terahsia' hati mamanya di sini. Biar jadi kenangan sepanjang hayat lembaran hati yang menjadi kanvas tempat mencurah akrilik rasa.

Friday, December 7, 2018

Azam Baharu ~ Saya Nak Menulis Semula

Astaghfirullahal adzimm....
Saya benar-benar sudah lupa jalan untuk ke mari. Tiba-tiba hari ini jari-jemari terasa gatal nak cuba-cuba beberapa password yang saya selalu guna untuk beberapa tujuan dan tiba-tiba plingg! saya ada di sini.
Justeru saya berazam untuk menulis semula. Alang-alang berdakwat, kata orang biarlah sampai hitam. Jadi begitulah, harap-harap saya tak kembali melupai lagi jalan untuk ke mari!

Wednesday, January 22, 2014

Perlukan Komedi Romantik. Segera.

Suddenly I realize that I badly in need for a shot of romantic comedy. Something that I did every once and a while back in my student days. I have quite a collection of good chick flick that once used to make my day.
This one looks promising.
Saya sudah baca bukunya. Pemilihan pelakonnya memang superb. Really must go checking this one out.


Klip daripada Something Borrowed, that chick flick that I told you

Tuesday, January 14, 2014

Kerana Dia Ratu Sehari - kenangan terindah awal 2014







Kerana Dia...

Alhamdulillah...tahun baharu 2014 ini dimulakan dengan khabar yang gembira.
Assalamualaikum Cinta! Kisah kecil yang biasa-biasa saja akhirnya terpilih untuk diterbitkan dalam antologi yang manis bergula ini.
Terima kasih tak terhingga buat semua. Semoga kisah kecil ini menjadi batu loncatan untuk saya terus menulis, in shaa Allah.













Saturday, May 11, 2013

Cerita PRU13 ~ Hai....macam-macam lah!

KHAS SYAIR GILA MEROYAN BUAT ANWAR DAN PENGIKUTNYA...

Rumah siap, berbunyilah pahat,
Fikiran rosak agenda yang jahat,
Kalah PRU yang adil dan sihat,
Susah nak terima pahit dan kelat,

Semua pihak dituduh salah,
Fakta yang betul semua disanggah,
Rakyat yang bengong semua dipunggah,
Di jalan, di stadium nak tunjuk gagah.

Letrik terputus jadikan alasan,
TNB sendiri tak dapat kesan,
Rakyat dah muak bercampur bosan,
Meroyan penipu sampai nak pengsan.

Alasan lapuk pengundi hantu,
Konon polis pakat membantu,
Bas pengundi dibaling batu,
Indon dan Bangla habis dilutu.

Undi popular jadikan modal,
Electoral votes semua disangkal,
Pemimpin, pengikut berotak dangkal,
Tak mau kaji hujung dan pangkal.

Harga barang cuba dibangkit,
Roti dan petrol semua diungkit,
Hati jahat otakpun sakit,
Seluruh Pakatan sudah terjangkit.

Cincin Rosmah timbulkan benci,
Rambut kawan tu turut dicaci,
Cuba tunjukkan diri tu suci,
Video China Doll kata tak aci.

Kaki pembelit lidah bercabang,
Di medan PRU tak ngaku tumbang,
Di luar negara besarnya sembang,
Terkantoi di katil tengah berkubang.

Dengan Shamsidar cerita misteri,
Hanyalah awek bukannya isteri,
DNA Afifah tak nak diberi,
Nalla cabar kenapa lari?

Masa berkempen macam selebriti,
Pengikut dengar apapun tak reti,
Gelak ketawa setengah mati,
Duit kutipan berpeti-peti.

Dulu mengaku diracun arsenik,
Berlakon nak kojol di depan Pok Nik,
Timbulkan kecoh dan juga panik,
Malaysia nak karam macam Titanic!

DAP ditipu, PAS dikelentong,
16 September babitkan Agong,
Gila pangkat sebab terdorong,
Hairan semuanya terikut bengong.

Sudah-sudahlah Anwar meroyan,
Usia meningkat dosa berkoyan,
Rakyat dan bosan tak mahu layan,
Syoklah sendiri bercampur gian!

Hasil Nukilan
Che’gu Jafri.-- N.A