Tuesday, February 2, 2021

Muhtesem Yuzyil @ Magnificient Century @ Mere Sultan

 Assalamualaikum.

Semenjak terjebak dengan gigih dalam bidang pendramaan Turki ni hati saya meronta-ronta nak ke Istanbul. Constantinople, pusat pentadbiran Empayar Turki Uthmaniyyah - Ottoman Empire. Rasa nak melawat Topkapi, Hagia Sophia, Selat Bophorus, Cappodacia, Manisa, rasa nak makan Turkish Delights, baklava, rasa nak merasai sendiri pengalaman di hamam -rumah mandi Turki yang terkenal tu. Isk, kuat betul pengaruh media ni. Patutlah bagi bangsa yang tahu, mereka eksploitasi industri perfileman untuk pasarkan budaya dan ideologi bangsa mereka. Memang filem tidak syak lagi adalah wadah propaganda dan pemasakan ideologi yang ampuh. Semasa saya jalan-jalan di alam maya, saya terjumpa promo filem Melayu genre 'period'. Tajuknya Tuan Petri Saadong. Nampak promo dan teaser nya macam menarik. Saya harap cerita ini tidak menghampakan. Semoga ceritera bangsa Melayu dapat ditegakkan pada maqam yang sepatutnya suatu hari nanti. Saya bukan apa, saya cuma mahu menumpang bangga.


No comments:

Post a Comment