Ya, saya mungkir janji. Saya janji dengan diri saya yang saya nak menulis semula tetapi saya mungkir. Entah kesibukan apalah yang merasuk diri sampai saya tiada masa nak menggapai waktu yang begitu cepat berlari. Saya sesungguhnya rindu untuk menulis. Dan blog adalah penyelesaiannya kerana di sini saya boleh bebas. Saya tiada rasa resah diintip oleh sesiapa dan saya bebas mencurahkan isi hati. Harap-harap suatu waktu nanti akan ada anak-anak saya yang 'menebas' semak-samun internet dan menjumpai 'altar terahsia' hati mamanya di sini. Biar jadi kenangan sepanjang hayat lembaran hati yang menjadi kanvas tempat mencurah akrilik rasa.