Ok, hanya post pendek-pendek untuk bulan Ramadhan ya. Sepanjang Ramadhan ni terasa macam nak tukar pulak nama blog kepada "Travelog Ramadhan Hidayah". Hehe. Hmmm...selaras dengan resolusi baru konon-konon nak jadi isteri mithali, yang masak untuk suami, maka setiap hari saya bercadang nak post menu sahur saya di sini supaya resolusi saya ini tak sampai jadi hangat macam tahi ayam saja.
Jadi, inilah dia. Harap-harap jangan terkejut ya.
Hari Pertama : Nasi, daging goreng kunyit, kailan ikan masin, ikan goreng (hmm..boleh tahan juga ya)
Hari Kedua : Roti disapu mentega, telur mata kerbau, timun dan sos cili - benjo (hehe, dah merosot sikit)
Hari Ketiga : Telur goreng hancur, popia (lebihan semalam) dengan murtabak raja (dari Bazaar Ramadhan) - Ok, nampaknya dah semakin merosot ok. Kita tengoklah esok-esok macam mana ya. Baik, selamat Ramadhan!
Wednesday, August 3, 2011
Saturday, July 30, 2011
Cerita Sahur
Ramadhan menjenguk dengan senyum yang manis. Alhamdulillah, sempat bertemu dengannya lagi kali ini. Diam-diam hati berdoa "Ya ALLAH! Janganlah aku yang hina ini engkau golongkan dalam golongan orang-orang yang kau haramkan Ramadhan untuknya" Moga maghfirah Ramadhan melimpah-ruah, menyimbah nur dalam hati-hati kami.
Bulan Ramadhan membuatkan saya jadi teringat pada emak. Err..bukan bererti di bulan-bulan lain saya lupa tau, cuma Ramadhan dan emak semacam sinonim aje. Saya cuma kagum dengan emak. Macamana emak boleh begitu tegar, bangun pagi-pagi dan masak itu ini untuk kami semua ya? Melengking-lengking bunyi lesung batu emak memecah hening pagi. Menu sahur emak selalunya akan termasuk telur dadar, yang harumnya semerbak memenuhi ruang tamu. Sekadar mahu memancing selera anak-anaknya barangkali. Padahal, kami-kami yang sudah terlebih sihat bagai johan ini tak perlu pun untuk orang berusaha banyak, pasti selera aje. Kemudian, mesti emak gorengkan keropok, buat peneman kopi panas.
Kemudian, emak biasanya akan layan pula kerenah-kerenah kami yang nak makan macam-macam waktu berbuka. Semuanya yang payah-payah pulak tu..masa ni lah ada yang nak makan nasi kerabu lah, bubur lambuk lah, ikan percik lah, cencaru sumbat lah (dan ayah pastinya dengan cendolnya). Aduh, emak..mulianya kamu!
Tadi, sewaktu sedang duduk-duduk, Encik Roomate menyuarakan hasrat hatinya untuk bangun bersahur tahun ini. (Tahun-tahun lepas kami tidur aje sampai orang azan). Katanya, cukup-cukup lah kita berlagak macam orang muda, lebih baik kalau kita kutip setiap satu pahala yang gugur di bulan yang mulia ni...Ya betul, saya setuju. Lalu, dalam berdebar-debar saya bertanya, apa-apa yang hendak kita jadikan menu sahur ya? (dalam hati berdoa : mintak-mintak roti laa). Tapi beliau kata "Nasi. Biar kenyang sampai ke petang" DUH! Tu laa, tanya lagi!
Tapi, saya pun terfikir juga, sampai bila saya nak ngelat bangun sahur ni? Nanti-nanti bila anak-anak dah besar pun nak kena bangun jugak kan? Jadi, lebih baik la kalau saya berlatih mulai sekarang. Lagipun, bukankah kamu mahu jadi isteri mithali wahai Hidayah! Lalu saya setuju. Saya tak mahu dilihat mengalah sebelum mencuba. Relax relax.
Malam ni tidur sampai pagi. Malam besok? Alamak! Nak start dengan apa ya? Saya sudah mula jadi gundah-gulana. Minta-minta Allah kuatkan hati saya. Semoga saya bisa jadi sekuat emak. Ya Allah, permudahkanlah! Amiin...

Sunday, March 6, 2011
Sunday, February 6, 2011
Wedding wedding
1/1/11 ~ Majlis resepsi adinda tercinta Pn. Noor Adilah Johari dengan kekasih hatinya Dr. Fadzlan Zamalin Zainal Ashirin di Grand Ballroom Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu.
Semoga berbahagia hingga hujung nyawa!
(p/s : Dr. Fadzlan, sila jaga adik saya dengan baik)
Dan bagi Si Pelanduk Kecil?? hmm..tak habis-habis dengan baju princessnya..dengan gaya flower girl solo (yang hilang flower boy-nya..anak saudara Fadzlan yang tarik diri di saat-saat akhir - huhu)
Oh ya, maaf ya sayang..bunga atas kepala tu besar sangat..maklumlah, dibuat oleh seorang ibu 'bertangan kayu' yang sedang cuba mem'promo' anak perempuannya dengan aksesori propa yang terlampau! haha!
Apa-apa pun, it was a beautiful fairy tale wedding. To quote her saying : Somewhere, someday, in an ordinary life, love gives us fairy tale..three cheers for you! :-)
Friday, October 29, 2010
Hidup Semula
Lama blog terbiar macam tak bertuan, cakap nak jadi blogger yang komited tapi lepas dua, tiga entri sederet, cutinya sampai berbulan..hehe. Sebetulnya, rasa sayang nak bubuh entri baru sebab setiap kali login mesti nampak jelingan dan senyum manja si pelanduk kecil, jadi kalau nanti dah letak entri baru tentu saja gambar si pelanduk akan terturun ke bawah - tak dapat lagilah curi pandang dia sekilas tiap-tiap hari kecualilah kalau rajin nak scroll pula ke bawah (rasa-rasanya macam tak cukup rajin aje). Tapi, sampai bila entri nak tersekat macam tu aje, kan? jadi di kesempatan malam ini, tambahan pula Encik Roomate keluar menyelia perkhemahan, sambil-sambil mengulit bosan yang semakin membalut, elok kalau saya mulakan sesuatu, sekurang-kurangnya menghidupkan kembali dinding yang senyap sunyi ni.
Jadi, begitulah. Saya dah hidupkannya semula kan? Ok, itu aje. Hehe.
Jadi, begitulah. Saya dah hidupkannya semula kan? Ok, itu aje. Hehe.
Monday, September 20, 2010
Rindu padanya!
Apa khabar nasi di daun
Nasi di talam bagai nak basi
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati
Yaya tinggallah baik-baik dengan atuk dan nenek ya..insyaAllah, mama dan papa akan siapkan tesis ini jugak-jugak. Lepas tu mama takkan pernah tinggalkan kamu lagi sampai bila-bila. I love you, sayang!
Sedih sungguh terpaksa tinggalkan pelanduk kecil di kampung lagi. Terkenangkan keletahnya, air mata bisa tumpah di dinihari! Semoga segala pengorbanan ini berbalas, Amin!
Sunday, September 19, 2010
Anak Baik dan Encik Papa
Aleiya dan papa bergambar dengan memakai jersi Germany di taman kesayangan atuk. Lollipop strawberi dekat tangan dia tu dah memang jadi trademark dah. Mama pulak jadi camerawoman. Bukan mama tak teringin nak pakai baju jersi sama-sama tapi maklum sajalah, kalau dah berjersi, warna putih pulak tu, mestilah nanti nampak macam nangka berjalan. Jadi mama pun pakai saja baju kurung hitam putih dan tudung belang-belang warna sama supaya tak lari tema.
Aleiya memang tak kalah kalau datang bab mengambil gambar. Cuma perlu suruh buat gaya, macam-macam gaya yang keluar. Tapi gaya "give me five" ni memanglah favourite dia. Jujurnya saya pun tak banyak benda nak diceritakan. Jadi, cukuplah dulu setakat ini. Mama sayang kamu berdua!
Subscribe to:
Posts (Atom)