Tuesday, February 2, 2021

Muhtesem Yuzyil @ Magnificient Century @ Mere Sultan

 Assalamualaikum.

Semenjak terjebak dengan gigih dalam bidang pendramaan Turki ni hati saya meronta-ronta nak ke Istanbul. Constantinople, pusat pentadbiran Empayar Turki Uthmaniyyah - Ottoman Empire. Rasa nak melawat Topkapi, Hagia Sophia, Selat Bophorus, Cappodacia, Manisa, rasa nak makan Turkish Delights, baklava, rasa nak merasai sendiri pengalaman di hamam -rumah mandi Turki yang terkenal tu. Isk, kuat betul pengaruh media ni. Patutlah bagi bangsa yang tahu, mereka eksploitasi industri perfileman untuk pasarkan budaya dan ideologi bangsa mereka. Memang filem tidak syak lagi adalah wadah propaganda dan pemasakan ideologi yang ampuh. Semasa saya jalan-jalan di alam maya, saya terjumpa promo filem Melayu genre 'period'. Tajuknya Tuan Petri Saadong. Nampak promo dan teaser nya macam menarik. Saya harap cerita ini tidak menghampakan. Semoga ceritera bangsa Melayu dapat ditegakkan pada maqam yang sepatutnya suatu hari nanti. Saya bukan apa, saya cuma mahu menumpang bangga.


Tuesday, October 6, 2020

Salam Rindu Wahai Si Lembaran Hati

 

Ya, saya mungkir janji. Saya janji dengan diri saya yang saya nak menulis semula tetapi saya mungkir. Entah kesibukan apalah yang merasuk diri sampai saya tiada masa nak menggapai waktu yang begitu cepat berlari. Saya sesungguhnya rindu untuk menulis. Dan blog adalah penyelesaiannya kerana di sini saya boleh bebas. Saya tiada rasa resah diintip oleh sesiapa dan saya bebas mencurahkan isi hati. Harap-harap suatu waktu nanti akan ada anak-anak saya yang 'menebas' semak-samun internet dan menjumpai 'altar terahsia' hati mamanya di sini. Biar jadi kenangan sepanjang hayat lembaran hati yang menjadi kanvas tempat mencurah akrilik rasa.

Friday, December 7, 2018

Azam Baharu ~ Saya Nak Menulis Semula

Astaghfirullahal adzimm....
Saya benar-benar sudah lupa jalan untuk ke mari. Tiba-tiba hari ini jari-jemari terasa gatal nak cuba-cuba beberapa password yang saya selalu guna untuk beberapa tujuan dan tiba-tiba plingg! saya ada di sini.
Justeru saya berazam untuk menulis semula. Alang-alang berdakwat, kata orang biarlah sampai hitam. Jadi begitulah, harap-harap saya tak kembali melupai lagi jalan untuk ke mari!

Wednesday, January 22, 2014

Perlukan Komedi Romantik. Segera.

Suddenly I realize that I badly in need for a shot of romantic comedy. Something that I did every once and a while back in my student days. I have quite a collection of good chick flick that once used to make my day.
This one looks promising.
Saya sudah baca bukunya. Pemilihan pelakonnya memang superb. Really must go checking this one out.


Klip daripada Something Borrowed, that chick flick that I told you

Tuesday, January 14, 2014

Kerana Dia Ratu Sehari - kenangan terindah awal 2014







Kerana Dia...

Alhamdulillah...tahun baharu 2014 ini dimulakan dengan khabar yang gembira.
Assalamualaikum Cinta! Kisah kecil yang biasa-biasa saja akhirnya terpilih untuk diterbitkan dalam antologi yang manis bergula ini.
Terima kasih tak terhingga buat semua. Semoga kisah kecil ini menjadi batu loncatan untuk saya terus menulis, in shaa Allah.













Saturday, May 11, 2013

Cerita PRU13 ~ Hai....macam-macam lah!

KHAS SYAIR GILA MEROYAN BUAT ANWAR DAN PENGIKUTNYA...

Rumah siap, berbunyilah pahat,
Fikiran rosak agenda yang jahat,
Kalah PRU yang adil dan sihat,
Susah nak terima pahit dan kelat,

Semua pihak dituduh salah,
Fakta yang betul semua disanggah,
Rakyat yang bengong semua dipunggah,
Di jalan, di stadium nak tunjuk gagah.

Letrik terputus jadikan alasan,
TNB sendiri tak dapat kesan,
Rakyat dah muak bercampur bosan,
Meroyan penipu sampai nak pengsan.

Alasan lapuk pengundi hantu,
Konon polis pakat membantu,
Bas pengundi dibaling batu,
Indon dan Bangla habis dilutu.

Undi popular jadikan modal,
Electoral votes semua disangkal,
Pemimpin, pengikut berotak dangkal,
Tak mau kaji hujung dan pangkal.

Harga barang cuba dibangkit,
Roti dan petrol semua diungkit,
Hati jahat otakpun sakit,
Seluruh Pakatan sudah terjangkit.

Cincin Rosmah timbulkan benci,
Rambut kawan tu turut dicaci,
Cuba tunjukkan diri tu suci,
Video China Doll kata tak aci.

Kaki pembelit lidah bercabang,
Di medan PRU tak ngaku tumbang,
Di luar negara besarnya sembang,
Terkantoi di katil tengah berkubang.

Dengan Shamsidar cerita misteri,
Hanyalah awek bukannya isteri,
DNA Afifah tak nak diberi,
Nalla cabar kenapa lari?

Masa berkempen macam selebriti,
Pengikut dengar apapun tak reti,
Gelak ketawa setengah mati,
Duit kutipan berpeti-peti.

Dulu mengaku diracun arsenik,
Berlakon nak kojol di depan Pok Nik,
Timbulkan kecoh dan juga panik,
Malaysia nak karam macam Titanic!

DAP ditipu, PAS dikelentong,
16 September babitkan Agong,
Gila pangkat sebab terdorong,
Hairan semuanya terikut bengong.

Sudah-sudahlah Anwar meroyan,
Usia meningkat dosa berkoyan,
Rakyat dan bosan tak mahu layan,
Syoklah sendiri bercampur gian!

Hasil Nukilan
Che’gu Jafri.-- N.A

Tuesday, October 9, 2012

Noor Insyiratul Arissa

27 September 2012

Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 5.23 petang. Bayi seberat 3.73 kg itu kemudiannya saya namakan Noor Insyiratul Arissa - Cahaya keazaman yang tenang.

Mengandungkan Arissa adalah pengalaman yang sukar. Selain terpaksa mengusung perut yang besar ke sana ke mari, saya turut diserang UTI, Candida, lower abdomen ache dan paling azab,  haemorroid yang teruk. Saya jadi tidak larat berjalan, tak dapat berdiri lama, sering sahaja lesu, tak bermaya dan yang paling pasti, sering terlebih tidur!

Saya selalu berharap-harap dan berdoa, moga-moga apabila bersalin kelak, segala-segalanya akan dipermudahkan untuk saya. Bermacam-macam air tawar dan minyak selusuh saya minum, bermacam-macam Surah dan doa pula saya amalkan. Namun rupa-rupanya, Allah masih lagi mahu menguji dan menduga tahap keimanan saya.

Saya sudah empat kali mengalami "false alarm" - rasa macam nak bersalin tapi sebenarnya bukan pun, lalu Encik Roomate jadi gelabah tak tentu fasal, bimbang saya terbersalin dalam bilik air atau di sekolah. Dia juga sebenarnya sangat bimbang kalau-kalau saya terbersalin awal, sebab dia bilang dia tidak tahu macam mana nak uruskan urinya nanti. Jadi, kami sepakat membuat keputusan untuk saya memohon cuti awal 2 minggu dari tarikh jangka bersalin, supaya saya dapat berehat di rumah mak di kampung. Jadi, sudah tentulah cadangan Encik Roomate yang satu ini saya sambut dengan segala sukacitanya, maklumlah dah dapat cuti dari big boss daripada kerja-kerja rumah, siapa yang tidak mahu!

Di pendekkan cerita, setelah melalui segala dugaan (jerih, payah, perit, susah, sakit, indah, bahagia - segalanya, secukup rasa) akhirnya saya dipertemukan juga dengan buah cinta kami, Noor Insyiratul Arissa yang kemudiannya kami panggil Icha sahaja. Dan inilah wajahnya, wajah kesayangan hamba...

(Untuk pengalaman bersalinkan Arissa ini, In Shaa Allah akan saya ceritakan kemudian - apabila perasaan cuak-serik saya sudah reda mungkin!)

Sunday, July 1, 2012

Rumah Kita ~ Sanggar Singgah

Akhirnya setelah sekian lama bersusah payah (?), berjaya juga kami miliki sebuah rumah. Rumahnya kecil sahaja. Tiada laman yang luas. Tiada tempat parkir berturap batu susun. Tiada gazebo. Tiada pergola. Tiada kolam ikan koi. Tiada air pancut malah tiada sepohon pokok bunga pun. Namun di dalamnya kami bahagia :-)

Rumah kami cumalah sebuah rumah teres kecil, yang jika hendak masuk seseorang perlulah masuk melalui pintu selungsur kaca sebab pintu kayu pun tiada! Rumah kami cuma ada laman kecil yang hanya muat dua buah kereta kecil dan sebuah ampaian kain. Rumah kami cuma ada sebuah ruang tamu serba sederhana tempat kami beristirehat selepas pulang kerja.

Alhamdulillah. Syukur kami kepadaMu ya Allah. Semoga rumah kecil ini menjadi tempat berteduh yang penuh rahmah  bagi kami sekeluarga. Semoga kami dapat sentiasa saling berkasih sayang di dalam rumah kecil ini. Semoga rumah yang tidak seberapanya ini sentiasa meriah dengan gelak tawa anak-anak dan semoga sentiasa menjadi tempat yang dirindui oleh kami sekeluarga untuk kembali. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di bawah payungan rumah kecil kami! Amin...

Sedikit foto saya dan keluarga yang diambil di Sanggar Singgah :-)

Saya dan anak-anak (di atas : foto perkahwinan ;p )

Di ruang makan

Encik Suami dengan koleksi buku kesayangan saya

Di ruang tamu

Saturday, December 24, 2011

Menelusuri Susur Galurnya

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian? - Mahathir Mohamad

Saya sudah lama teringin untuk menelusuri galur darah Melayu yang mengalir merah dalam diri ini. Saya enggan percaya Melayu itu lemah. Melayu itu bodoh. Melayu itu malas. Sebab yang sebenarnya Melayu itu pelaut handal, pedagang bijaksana dan pendekar ulung. Sedang wangi-wangian di kamar Firaun itu datangnya dari gaharu dan cendana dari Tanah Melayu. Masakan ketika piramid khufu itu dibina, Melayu masih bercawat di gua batu kapur?? oh, saya memang enggan percaya!

Sunday, September 25, 2011

Cemburu rupa-rupanya

Seharian semalam di tempat kerja, saya duduk depan komputer, cuba kumpul bahan untuk projek novel terbaharu saya (wah, bila saya tulis begini terasa macam saya dah pun punya berbelas-belas judul novel yang dah terbit kan?) Sebetulnya yang ini adalah projek (mega??) saya yang ke empat ratus tujuh puluh lapan agaknya. Yang empat ratus tujuh puluh tujuh sebelum ni semuanya sudah selamat "bersemadi" selama-lamanya dalam tong sampah. Haha!

Kali ni saya ingin sekali menyentuh tentang poligami. Bab yang satu ini semacam ada pesona 'intrig' untuk menggamit saya meneroka permasalahan dan emosi di sebaliknya dengan lebih dalam lagi. Sempat juga saya tarbiyyah hati di blog Minda Tajdid sambil merewang-rewang sekitar beberapa laman dan blog lain. Akhirnya, saya dapat satu konklusi (jika boleh dipanggil konklusi lah) bahawa dunia ini pinjam-pinjaman. Berteraskan falsafah pinjam-pinjaman inilah maka, segala isi dunia ini turut samalah bersifat pinjaman, tiada yang kekal abadi melainkan Dia.

Maka, konotasinya mudah, sudah dipinjamkanNya saya seorang suami (yang kacaknya boleh tahan jugalah) jadi apalah salahnya kalau saya pula pinjamkan suami (kacak) saya supaya kaum saya yang lain - yang teraniaya, yang balu beranak lapan, yang agak-agak sudah lanjut usia supaya dapat merasa menjadi seorang isteri selain dapat pula berkongsi kasih beliau, kan? Lagipun kasih sayang ini sifatnya tumbuh, tidak akan habis. Boleh diberi, diberi dan terus diberi. Lagi, lagi dan lagi. Kasih sayang dan cinta bukan macam petrol kereta yang akan kering bila sampai waktunya. Kasih sayang jika dibaja dan dibelai rapi akan tumbuh terus, malah semakin tinggi, subur dan melata. Lagi pula, Allah kan tidak akan pernah suka dengan orang yang haloba. Apa lagi kalau si haloba itu seorang perempuan, maka semakin buruklah kelihatannya, kan? Lagipun masa tadika dulu emak kan selalu saja pesan supaya kongsi barang-barang dengan kawan-kawan. Sama lah tu.

Satu lagi, berpoligami ni ada baiknya juga untuk wanita. Walaupun 95.98% wanita akan keras-keras menafikannya. Ya lah, apa sahaja kerja pun perlu ada Cuti Rehat Khas kan. Apa lagi kerja sebagai isteri. Mengemas. Membasuh. Menjemur. Melipat kain baju. Melayan suami. Memasak. Menyapu. Mengemop. Melayan suami. Menyeterika. Mengurus anak-anak. Melayan suami. Siram pokok bunga. Melayan suami. Kemas dapur. Melayan suami. Berus longkang. Melayan suami. Penat kan? Isteri pun kadang-kadang mahu juga keluar seharian, sampai puas. Habiskan masa membeli-belah tingkap, makan-makan dengan kawan-kawan lama, tinjau-tinjau buku dan CD terkini, silau-silau baju dan kain ela, belek-belek barang kemas, manja-manjakan diri dekat spa dan macam-macam lagilah termasuk balik kampung secara solo untuk menunaikan janji pada adik untuk bawa dia jalan-jalan makan pizza di pekan. Bukannya tidak boleh buat semua itu jika suami ada menunggu di rumah. Boleh saja. Cuma yang tak akan adanya hanya satu, KETENANGAN. Haha.

Bagus, Puan Ida! Anda memang seorang realis!

Baik. Balik ke rumah. Encik Roomate buka baju dan seluar, campak atas katil macam biasa kemudian macam biasalah, terus selam atas katil yang lendit cadarnya. Great. Saya tinggalkan Aleiya di ruang tamu dengan puzzle barunya, segelas ribena dan sebiji donut. Saya terus ke bilik air, mandi. Keluar dari bilik air, kepingan puzzle bersepah, air ribena tumpah dan gula dari donut mencecer atas karpet ruang tamu. Dan Encik Roomate tidur sahaja dengan wajah yang aman. Yes, great. Saya menyapu dan mengemas sambil membebel. Membebel juga supaya Aleiya cepat-cepat masuk bilik air untuk buang air. Macam biasalah, mesti dia banyak alasan. Kemudian, selama ini tak pernah-pernah pun, dengan tak semena-mena terkencing dalam seluar. Baguslah. Memang bagus sangat. Saya basuh semuanya, pakaikan baju yang baharu dan cuba duduk atas kerusi sebelum dia mengadu hendak buang air besar pula. Saya lalu depan pintu bilik untuk ke bilik air dengan mulut yang riuh, peliknya Encik Roomate sikitpun tak terganggu.

Malam. Encik Roomate akhirnya keluar kepompong untuk ke kedai beli roti canai. Tiba-tiba, saya dengar bunyi 'klik' macam bunyi orang pulas tombol pintu dari luar. Hati saya sudah kecut. maklumlah, kejiranan saya tak begitu memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Kemudian saya dengar bunyi seretan selipar mundar-mandir depan pintu. Saya pangku Aleiya, suruh dia duduk diam-diam sampailah Encik Roomate pulang bawa tiga biji roti telur. Saya ceritakan semua kepadanya. Encik Roomate dengar dengan hati-hati. Dia ambil cota dan letak hampir dengannya. Dia juga berpesan, kalau rumah diceroboh, saya bawalah Aleiya ke bilik belakang dan kuncinya dari dalam. Biar dia di luar lawan penjahat. (Apa? Encik Roomate yang langsung tak punya skill itu? Biar benar..) Tapi dalam diam, saya rasa disayangi. Kami makan roti canai dengan senyap. (Oh ya, dan Encik Roomate pun tak pernah suruh saya masak itu ini, selalu dia akan keluar belikan aje. Maka, dua kali sayang)

Selesai makan dan mengemas dapur, saya bersenang-senang dengan Facebook manakala Encik Roomate mengajar Aleiya membaca. Tiga kali sayang. Sudah, diajarnya Aleiya menyimpan dan menyusun semua buku dan alat tulisnya dengan kemas. Empat kali. Kemudian dua beranak tu sama-sama guling-guling sambil bergelak ketawa atas karpet. Aleiya sampai meleleh-leleh air mata sebab terlampau banyak ketawa. Baik, lima kali.

Tiba-tiba, mata saya tertangkap satu komen pada gambar Encik Roomate yang baru di "upload" beliau sekejap tadi, semasa saya sedang menghidang makan malam. Pang! Aura cemburu datang menampar. Serta-merta dunia bertukar menjadi merah. Darah saya jika disukat dengan termometer pada masa itu, mahu pecah bebulinya. Mahu bertabur isi merkurinya membentuk bintik-bintik bulat warna perak atas skrin komputer. Geram rasa di hati tuhan sahaja yang tahu.
Saya toleh Encik Roomate yang tak tahu apa-apa, yang sedang menggeletek Aleiya yang nakal dengan emosi yang berbaur. Baik, saya tidak cukup kuat wahai Tuhan. Saya tarik balik semua resolusi saya siang tadi. Saya mahu dia sorang-sorang. Tak mahu kongsi-kongsi. Titik.

Thursday, September 15, 2011

Aleiya dan PVP baharu

Aleiya saya sudah ada hobi yang baharu. PVP. Dari mula buka mata pada waktu pagi sampailah ke lewat malam dia asyik sungguh dengan mainan barunya. Mula-mula dia cuma pandai tengok gambar dan dengar muziknya, sekarang nampaknya dia sudah mahir betul dengan 2, 3 permainan kesukaannya. Permainan itu dia ulang-ulang dengan muka gaya khusyuk betul!

PVP ni pada pengamatan saya bagus juga. Sekurang-kurangnya boleh melatih kemahiran motor anak kecil. Tapi bukan setakat anak kecil sahaja yang boleh leka, mama dan papanya sekali pun sama tau! Permainannya ringkas dan klasik, mudahlah kanak-kanak faham. Aleiya punya ini warnanya merah darah ikan, sekali pandang orang ingatkan PSP yang harganya boleh capai sampai RM850 tu, dua kali pandang memang macam PVP lah, hehe.

Inilah dia PVP Aleiya tu..













..dan yang ini 'tuannya' dengan gaya khusuk habis! Cuma mama harap janganlah sampai terpaksa pakai cermin mata awal sangat ya sayang!



Sunday, August 28, 2011

Travelog Ramadhan : Final Chapter

Sedih rasanya dah nak meninggalkan Ramadhan. Terasa macam baru semalam aje pasang cita-cita nak jadi isteri solehah yang rajin masak sahur..hehe..sudahnya, selalu simple-simple aje. Macam tu pun, saya sudah cukup bersyukur, sekurang-kurangnya sahur tak pernah miss, tak macam tahun lepas, tak pernah TAK miss!

So, here goes...

Hari kedua puluh lima : Murtabak dengan ais kosong (hari ni edisi sahur terakhir tahun ni di rumah, esok balik kampung, yeay!

Hari kedua puluh enam : Nasi beriyani gam Puan Shamsiah Bibi, ayam "tandoori", papadom, kopi panas dan roti goreng inti kacang hitam..mmm..the best ever!

Hari kedua puluh tujuh : Nasi putih, sup ayam dan telur dadar. Air kopi segera dan biskut kacang.

Hari kedua puluh lapan : Mi goreng dengan keropok. Ais kosong. Titik :-)

Hari kedua puluh sembilan : Sahur terakhir untuk tahun ni...sedih betul..Nasi putih, kari ayam campur kentang, ikan goreng dan sayur peria goreng. Tamat. Terima kasih mak!

Jadinya begitulah. Travelog Ramadhan Hidayah yang tak berapa nak inspirational pun..hehe. Tak berapa puas hati dengan Ramadhan tahun ni. Sebabnya ada banyak, antaranya 1) Masih lagi mengamalkan prinsip dapur petang tanpa asap (tak sekalipun masak untuk berbuka, huhu, kasihan Encik Suamiku itu!!) 2) Tak baca Quran banyak manapun..(Astagfirullah hal aziim) 3) Kurang solat Terawih..huhu..semoga Allah pinjamkan lagi nyawa untuk menebus ketidakpuasan hati ini untuk Ramadhan tahun hadapan. Amin!

Tuesday, August 23, 2011

Travelog Ramadhan 5

Hari kelapan belas : Sebiji murtabak dibahagi dua dengan air sejuk aje. Makin hari makin sedih nampaknya ni..hihi

Hari kesembilan belas : Maggi. Sekian.

Hari kedua puluh : Hari ni sahur di The Legend Cherating. Oleh sebab semalam dah belasah buffet ingat tak ingat, pagi ni kami cuma jamah sebuku roti Twiggies coklat, segenggam kacang baki semalam dengan air soya sejuk!

Hari kedua puluh satu : Semalam, balik dari Kuantan, Encik Roomate dah siap-siap tapau dua keping roti telur cicah sama kari kacang dal. Bangun pagi, saya cuma tolak masuk dalam microwave dan buatkan segelas susu seorang. Yay! nampak gayanya darjah kemalasan semakin meningkat setiap hari ni!

Hari kedua puluh dua : Roti berlauk yang berinti kentang perisa kari dengan telur sebiji. Nak kacau susu dengan oats pun macam malas, jadi minum saja sirap ais lebih semalam..haha!

Hari kedua puluh tiga : Murtabak bazaar Ramadhan yang manis secara terlampau dengan ais kosong..hehe!

Hari kedua puluh empat : Roti telur Restoran Dinie dengan susu sama oats. Senang. Sedap. Nyum nyum nyum.

Monday, August 15, 2011

Travelog Ramadhan 4

Sambungan...

Hari keempat belas : Hari ni simple sahaja, Mc Donald's Chiken Burger yang dipanaskan dalam ketuhar dengan air susu dan oats..hehe..i like!

Hari kelima belas : Oh noo!!!!!!! Yet another case of french toast + baked beans + oatmeal + a glass of milk! huhu!

Hari keenam belas : Pagi ni saya cuma panaskan nasi dengan lauk semalam - ayam goreng kari, ikan selayang panggang dan sayur kacang panjang. Kemudian, saya gorengkan telur mata kerbau buat pembuka selera. Airnya cuma air kosong sahaja :-)

Hari ketujuh belas : Oleh sebab hari ni cuti Nuzul Quran, jadi saya masak istimewa sikit, nasi goreng merah dengan air nescafe :-)))

Saturday, August 13, 2011

Travelog Ramadhan 3

Hmmm...ok, yang ini senarai seterusnya...

Hari ketujuh : Nasi goreng ikan bilis, keropok goreng dengan air susu (hmm..yang ini lebih sedap daripada yang semalam sebab lebih pedas)

Hari kelapan : Menu kegemaran sekali lagi - Roti celup telur goreng gebu-gebu dengan kacang panggang dan susu :-)

Hari kesembilan : Hari ni simple aje - panaskan murtabak semalam dengan air teh..hehe

Hari kesepuluh : Haa hari ni istimewa sikit, tapi bukan masakan saya la, menu sahur pagi ni ialah lebihan berbuka semalam di restoran seafood dekat Cherul - nasi putih sama ikan siakap masak masam manis dengan ais kosong...sedap!

Hari kesebelas : Oleh sebab roti dan telur masih ada, kacang panggang pun masih banyak, jadi sekali lagi pekena french toast dengan baked beans, susu dan oats..huhu

Hari kedua belas : Yay! Hari ni bersahur di rumah dengan masakan ibu yang dimasak emak dengan penuh kasih sayang. So here goes..mihun goreng supersedap dengan keropok, kuih koleh kacang dan air kopi :-) terima kasih mak!

Hari ketiga belas : Sekali lagi di rumah emak dengan nasi beriyani, kari daging campur kentang, sayur kacang panjang campur hati ayam, sambal telur, sambal belacan, acar timun dengan kuih karipap dengan air kopi. HEAVENNNN!!!

Thursday, August 4, 2011

Travelog Ramadhan 2

Okay, saya sambung aje ya..

Hari keempat : Murtabak, tauhu sumbat, kuih dadar inti ikan dengan popia (semuanya made in bazaar Ramadhan) dengan air milo suam :-)

Hari kelima : Haa, yang ini saya suka - Roti goreng celup telur (saya buat salutan telur tebal-tebal sampai jadi fluffy) dengan kacang panggang ala-ala Perancis gitu, french toast dengan baked beans hahaha. Hari ni minum susu Anlene dengan sikit oats. So far, menu sahur hari ni paling best!

Hari keenam : Nasi goreng cendawan, keropok goreng dengan susu dan oats (Hmmm...sedap!)

Wednesday, August 3, 2011

Travelog Ramadhan Hidayah

Ok, hanya post pendek-pendek untuk bulan Ramadhan ya. Sepanjang Ramadhan ni terasa macam nak tukar pulak nama blog kepada "Travelog Ramadhan Hidayah". Hehe. Hmmm...selaras dengan resolusi baru konon-konon nak jadi isteri mithali, yang masak untuk suami, maka setiap hari saya bercadang nak post menu sahur saya di sini supaya resolusi saya ini tak sampai jadi hangat macam tahi ayam saja.
Jadi, inilah dia. Harap-harap jangan terkejut ya.

Hari Pertama : Nasi, daging goreng kunyit, kailan ikan masin, ikan goreng (hmm..boleh tahan juga ya)

Hari Kedua : Roti disapu mentega, telur mata kerbau, timun dan sos cili - benjo (hehe, dah merosot sikit)

Hari Ketiga : Telur goreng hancur, popia (lebihan semalam) dengan murtabak raja (dari Bazaar Ramadhan) - Ok, nampaknya dah semakin merosot ok. Kita tengoklah esok-esok macam mana ya. Baik, selamat Ramadhan!

Saturday, July 30, 2011

Cerita Sahur

Ramadhan menjenguk dengan senyum yang manis. Alhamdulillah, sempat bertemu dengannya lagi kali ini. Diam-diam hati berdoa "Ya ALLAH! Janganlah aku yang hina ini engkau golongkan dalam golongan orang-orang yang kau haramkan Ramadhan untuknya" Moga maghfirah Ramadhan melimpah-ruah, menyimbah nur dalam hati-hati kami.

Bulan Ramadhan membuatkan saya jadi teringat pada emak. Err..bukan bererti di bulan-bulan lain saya lupa tau, cuma Ramadhan dan emak semacam sinonim aje. Saya cuma kagum dengan emak. Macamana emak boleh begitu tegar, bangun pagi-pagi dan masak itu ini untuk kami semua ya? Melengking-lengking bunyi lesung batu emak memecah hening pagi. Menu sahur emak selalunya akan termasuk telur dadar, yang harumnya semerbak memenuhi ruang tamu. Sekadar mahu memancing selera anak-anaknya barangkali. Padahal, kami-kami yang sudah terlebih sihat bagai johan ini tak perlu pun untuk orang berusaha banyak, pasti selera aje. Kemudian, mesti emak gorengkan keropok, buat peneman kopi panas.

Kemudian, emak biasanya akan layan pula kerenah-kerenah kami yang nak makan macam-macam waktu berbuka. Semuanya yang payah-payah pulak tu..masa ni lah ada yang nak makan nasi kerabu lah, bubur lambuk lah, ikan percik lah, cencaru sumbat lah (dan ayah pastinya dengan cendolnya). Aduh, emak..mulianya kamu!

Tadi, sewaktu sedang duduk-duduk, Encik Roomate menyuarakan hasrat hatinya untuk bangun bersahur tahun ini. (Tahun-tahun lepas kami tidur aje sampai orang azan). Katanya, cukup-cukup lah kita berlagak macam orang muda, lebih baik kalau kita kutip setiap satu pahala yang gugur di bulan yang mulia ni...Ya betul, saya setuju. Lalu, dalam berdebar-debar saya bertanya, apa-apa yang hendak kita jadikan menu sahur ya? (dalam hati berdoa : mintak-mintak roti laa). Tapi beliau kata "Nasi. Biar kenyang sampai ke petang" DUH! Tu laa, tanya lagi!
Tapi, saya pun terfikir juga, sampai bila saya nak ngelat bangun sahur ni? Nanti-nanti bila anak-anak dah besar pun nak kena bangun jugak kan? Jadi, lebih baik la kalau saya berlatih mulai sekarang. Lagipun, bukankah kamu mahu jadi isteri mithali wahai Hidayah! Lalu saya setuju. Saya tak mahu dilihat mengalah sebelum mencuba. Relax relax.

Malam ni tidur sampai pagi. Malam besok? Alamak! Nak start dengan apa ya? Saya sudah mula jadi gundah-gulana. Minta-minta Allah kuatkan hati saya. Semoga saya bisa jadi sekuat emak. Ya Allah, permudahkanlah! Amiin...